Friday, May 25, 2012

Islam

Islam is my way,
Islam is my religion,
learn Islam as the only true religion..

"dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi" (surah al Imran ayat 85)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan. Al-quran menasakhkan kitab-kitab yang terdahulu diturunkan. Ini jelas sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah ayat 48 yang bermaksud "dan Kami turunkan kepada engkau kitab dengan sebenarnya, membenarkan dan menjaga kitab yang terdahulu sebelumnya, sebab itu hukumlah diantara sesama mereka menurut apa yang diturunkan Alalh s.w.t. Dan janganlah engkau turutkan hawa nafsu yang membelokkan engkau daripada kebenaran yang sudah datang kepada engkau".

Wajib beriman bahawa Taurat dan Injil telah dinasakhkan dengan al-Quran. Taurat dan Injil telah diseleweng dan ditukar ganti yang mana berlaku penambahan dan pengurangan.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Imran ayat 78 yang bermaksud "dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka memutar-mutar lidahnya membaca kitab supaya kamu menyangka yang dibacanya itu adalah sebahagian daripada kitab, sedang yang sebenarnya bukan sebahagian daripada Allah s.w.t. Mereka berkaat dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui".

Nabi Muhammad s.a.w adalah penamat sekalian para nabi dan rasul terdahulu. Firman Allah s.w.t bermaksud "Muhammad itu bukanlah bapa seorang lelaki diantara kamu etapi dia Rasulullah dan penutup bagi segala nabi. Dan Allah itu Maha Mengetahui atas segala sesuatu" (surah al-Ahzab ayat 40). Nabi Isa a.s yang akan diturunkan pada akhir zaman juga akan mengikut Rasulullah s.a.w dan menjalankan syariat sepertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w membawa ajaran Islam, oleh itu wajib mempercayai bahawa kufur bagi sesiapa yang tidak masuk Islam dari penganut Yahudi dan Nasrani. Mereka ini diistilahkan kafir, musuh Allah, musuh para rasul, musuh orang-orang mukmin dan mereka ini adalah penghuni neraka. Firman Allah s.w.t bermaksud "orang-orang yang kafir dari keturunan ahli kitab dan mempersekutukan tuhan itu tiada dapat meninggalkan (kepercayaan yang sesat) sampai datang kepada mereka keterangan yang jelas" (al-Bayyinah ayat 1)











No comments: