Thursday, April 25, 2013

Hukum memakai inai bercorak dari segi syarak

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia telah memutuskan :


Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah.

Kadar pemakaian inai di kedua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.

Warna yg digunakan mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yg meragukan (mcm lemak babi).

Corak atau ukiran yg digunakan, seperti corak daun atau tumbuhan adalah dibenarkan. Bagi corak haiwan, lambang dewa2 atau ajaran atau apa jua gambaran yg bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



* bagi qima tak perlulah pengantin lelaki berinai even 3 jari tu, sebab inai ni kan terang2 ia adalah perhiasan untuk kaum wanita..^_^

No comments: