Thursday, May 31, 2012

meh sini qima betulkan ^_^

George Bernand Shaw kata :
"life isn't about finding yourself but life is about creating yourself"

bagi qima salah sebab tugas kita kat atas muka bumi ini ialah mencari siapa diri kita yang sebenar..so,kena tukar la kata2 tu ye..tukar camni :
"life is about finding yourself" 

baru la betul...... (",

Wednesday, May 30, 2012

JANGAN dalam ISLAM dari Ustaz Don




JANGAN tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi2 itu membuka pintu berkat.

JANGAN makan tanpa membaca bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk memuat kebaikan, takut2 nanti kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung pada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya..kalau gagal kita kecewa.

JANGAN bakhil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN banyak ketawa, nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik menghilangkan kasih orang pada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.

JANGAN terlalu susuah hati dengan urusan dunia. akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan, sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Sunday, May 27, 2012

buat si cantik yang ku sayangi

nikmat paling manis adalah apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian..
namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan..
alirkan halawatul ukhuwah, kesungguhan dalam berjuang melalui 'rabitah hati'..
ya Allah,peliharalah insan ini dan peliharalah urusan kami..amin ya rabb,

duhai teman,jaga diri..jaga amal..jaga iman..

andai diri ini alpa,ingatkanlah..
andai diri ini silap,tegurkanlah..
andai diri ini lemah,kuatkanlah..

tahan dan simpan,beri kepada yang hak !

"oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)"
(surah al-ahzab ayat 32)

Saturday, May 26, 2012

basahkan lidah dengan..


tips jadi cantik

tak sangka malam ni qima tido lambat..yela sbb esokkan cuti, ^_^
mood skang ngantuk tapi qima nak share tips kecantikan kat sini..saje wat tatapan umum (",

dengan lafaz bismillah..


  • tido awal, sbb kalau tido lambat nanti mata kita jadi macam mata beruang panda..taknak..=(
  • sebelum tido minum air masak or susu
  • pastikan tido dalam keadaan bersuci,sbb malaikat mendoakan setiap hamba Allah yang tido dalam keadaan berwuduk..doa jangan lupa !
  • bangun je dari tido ucaplah alhamdulillah,sbb brsyukurlah kita masih diberi nafas untuk terus hidup
  • minum air masak,tak berus gigi dulu pun takpe..sbb elok untuk kesihatan ^_^
  • pastu tengok cermin dan senyum,sbb ia boleh menambahkan keyakinan diri sepanjang hari itu..(baca doa tengok cermin tau)
  • mandi pagi..jangan malas !
  • langkah prtama kita wat time mandi ialah basuh kedua2 tangan sambil berselawat,sbb time kita tido tangan ni brjalan..hihi
  • lepas solat subuh,time nak bersolek depan cermin tu..bersolek la dengan sderhana,takyah make up tebal2..sbb nanti kulit muka cepat kusam dan susah nak bernafas (cian kat kulit muka tu)
  • beranikan diri untuk tampil tanpa make up yang tebal,kalau boleh tak make up pun takpe..tp kita kaum hawa ni nak nampak cantik je,its ok ! make up la tapi jangan trlalu menonjol dan jangan wat benda yang Allah marah pada muka tu..contoh paling simple cukur kening dan pakai bulu mata palsu,takmau ye.. =)
  • sebenarnya kan..yang semulajadi ni la lagi cantik sbb ia original dari Allah,subhanallah..jadi jangan takde keyakinan (sbb tu alasan yang selalu orang guna skang ni),langkahla dengan berani !
  • ok,da sudah make up..breakfast ngan makanan yang berkhasiat
  • bersuci tiap kali nak solat,istinjak jangan lupa..(gosok gigi,cuci muka) nak jumpa Allah kan..^^
  • sentiasa dalam keadaan berwuduk,jangan malas !
  • dan berzikir...^^
  • terangkan hati ngan berdoa dan membaca al-quran
  • last sekali jangan masam muka dan senyum selalu ! ^____^

amalkan la,insya'allah akan cantik sangat10x....^^


Friday, May 25, 2012

Islam

Islam is my way,
Islam is my religion,
learn Islam as the only true religion..

"dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi" (surah al Imran ayat 85)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan. Al-quran menasakhkan kitab-kitab yang terdahulu diturunkan. Ini jelas sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah ayat 48 yang bermaksud "dan Kami turunkan kepada engkau kitab dengan sebenarnya, membenarkan dan menjaga kitab yang terdahulu sebelumnya, sebab itu hukumlah diantara sesama mereka menurut apa yang diturunkan Alalh s.w.t. Dan janganlah engkau turutkan hawa nafsu yang membelokkan engkau daripada kebenaran yang sudah datang kepada engkau".

Wajib beriman bahawa Taurat dan Injil telah dinasakhkan dengan al-Quran. Taurat dan Injil telah diseleweng dan ditukar ganti yang mana berlaku penambahan dan pengurangan.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Imran ayat 78 yang bermaksud "dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka memutar-mutar lidahnya membaca kitab supaya kamu menyangka yang dibacanya itu adalah sebahagian daripada kitab, sedang yang sebenarnya bukan sebahagian daripada Allah s.w.t. Mereka berkaat dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui".

Nabi Muhammad s.a.w adalah penamat sekalian para nabi dan rasul terdahulu. Firman Allah s.w.t bermaksud "Muhammad itu bukanlah bapa seorang lelaki diantara kamu etapi dia Rasulullah dan penutup bagi segala nabi. Dan Allah itu Maha Mengetahui atas segala sesuatu" (surah al-Ahzab ayat 40). Nabi Isa a.s yang akan diturunkan pada akhir zaman juga akan mengikut Rasulullah s.a.w dan menjalankan syariat sepertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w membawa ajaran Islam, oleh itu wajib mempercayai bahawa kufur bagi sesiapa yang tidak masuk Islam dari penganut Yahudi dan Nasrani. Mereka ini diistilahkan kafir, musuh Allah, musuh para rasul, musuh orang-orang mukmin dan mereka ini adalah penghuni neraka. Firman Allah s.w.t bermaksud "orang-orang yang kafir dari keturunan ahli kitab dan mempersekutukan tuhan itu tiada dapat meninggalkan (kepercayaan yang sesat) sampai datang kepada mereka keterangan yang jelas" (al-Bayyinah ayat 1)











mencari..

alhamdulillah,ini lah yang ku cari..
ku buang impian
ku lempar kepura-puraan
ku tepis godaan
hanya kerana mahukan redhaMu ya tuhan

aku cemburu melihat mereka
tapi,sukar..
sukar untuk menjejaki bayang-bayang mereka
kerana aku tidak tahu dimanakah haluan mereka
hanya mampu ku lihat
tapi,ingin..
ingin aku menjadi seperti mereka
mengapa tidak aku juga boleh menjadi seperti mereka?

batu unik..ciptaan Allah s.w.t ^_^











batu terapung di Baitulmaqdis (Israk Mikraj)
                                               

feedback

apabila kamu mengata hal orang,maka secara tidak langsung kamu telah membenarkan orang disekeliling kamu mengata hal kamu..oleh itu,jangan salahkan mereka mengapa mereka mencemuh kamu..

"bersikap adillah terhadap kehidupan,kerana kehidupan juga akan bersikap adil terhadap kamu "

aurat kita!












mungkin hari ini kita tak dapat jaga aurat kita dengan sempurna,kesallah atas sikap itu dan teruskan usaha untuk menutup dengan sempurna pada hari esok..esok..dan esok..

jangan ambil mudah!! line it!


Sunday, May 20, 2012

cantinya seseorang itu pada..

wanita solehah itu aurat dijaga pergaulan dipagari sifat malu pengikat diri seindah hiasan di dunia ini. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek. Hati mengatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya. Itupun seandainya hati bersih untuk menilai.

Wahai wanita, jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan dek zaman. Tetapi,jaga dan peliharalah kecantikan dalaman agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi.

hitungan hari

your days are numbered

beauty

for beautiful eyes,look for the good in others..
for beautiful lips,speak only words of kindness..

Friday, May 11, 2012