Wednesday, May 30, 2012

JANGAN dalam ISLAM dari Ustaz Don




JANGAN tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi2 itu membuka pintu berkat.

JANGAN makan tanpa membaca bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk memuat kebaikan, takut2 nanti kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung pada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya..kalau gagal kita kecewa.

JANGAN bakhil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN banyak ketawa, nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik menghilangkan kasih orang pada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.

JANGAN terlalu susuah hati dengan urusan dunia. akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan, sebab semuanya untuk keselamatan kita.

No comments: