Tuesday, October 23, 2012

surah pilihan =)

Al Quran merupakan kitab bagi agama Islam, satu-satunya yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w melalui perantara malaikat Jibrail ke dada baginda. al Quran tercatat di dalamnya sebanyak 114 surah yang dimulai dengan surah al Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Membacanya merupakan satu ibadah..=)

~~ ha, kat sini qima nak kongsikan surah2 pilihan qima sendiri, qima dapat rasakan miracle bila membacanya..alhamdulillah, kawan2 pun boleh membacanya jugak, ^^

Selepas solat subuh dan maghrib :

Pertama, baca surah Yasin, insya'allah akan dipermudahkan urusan kita pada hari itu..
Kedua, baca surah Waqiah, akan dimurahkan rezeki..if takde duit qima baca surah ni,hehe..^^ tp jngn la tnggu tkde duit baru nak baca..baca la slalu sbb tak rugi pun..(",
*tq yg tak terhingga pd sahabat qima yg galakkan qima baca surah ni pd waktu tu..alhamdulillah,dapat dia pahala..amin, =)

Time nak exam :

baca surah Yasin selepas subuh dan maghrib, kemudian baca surah al Fath..surah al Fath ni ialah surah kejayaan..^^

Selepas solat isyak :

baca surah al Mulk, surah ni dapat elakkan kita dari azab kubur di alam barzakh nanti..qima pernah dengar cerita mayat seorang hamba Allah elok n' cantik macam mula2 dikebumikan setelah liangnya digali semula untuk proses pemindahan kubur. Ayah hamba Allah tu beritahu bahawa anaknya tak pernah miss baca surah ni tiap2 malam..see? janji Allah itu benar..=)

Sebelum tidur:

baca al Fatihah, kemudian baca 4 qul, ape tu 4 qul? iaitu surah Al kafirun, surah Al falaq, surah Al nas dan surah al Ikhlas. Dipanggil 4 qul sebab ayat pertama keempat empat surah ni dimulakan dengan "qul"..baginda sebelum tidur baca surah ni..^^

Apabila ketakutan  atau nampak hantu :

Pertama, baca ayat Kursi dari surah al Baqarah, baca la dengan hati yang tenang, sebutan yang betul dan mengharapkan keamanan dari Allah..
Kedua, baca surah al Falaq..mksud surah ni elak dari kejahatan..tak kisah kejahatan manusia atau jin.
* tapi bila takut sangat zikir la Allahuakbar banyak kali selagi mampu sampai perasaan takut tu hilang atau hantu tu lari..segala makhluk Allah tunduk takut apabila mendengar kalimah ini.

..itu adalah antara surah2 yang qima amalkan, n' banyak lagi fadilat surah2 yang kita tidak atau belum ketahui..so, jom kita baca al Quran untuk membongkar fadilat2 yang terdapat di dalamnya..^_^



No comments: