aku mengimpikan bakal imamku seperti Rasulullah..trlalu tnggi impianku ini,aku tahu aku takkan dapat memiliki tapi cukuplah sekadar menyamai ciri2 baginda,bukan paras rupa..tapi akhlak dan agama yang ada dalam diri baginda..
seorang yang mengasihi wanita,kanak2 dan orang tua..
seorang yang sederhana dalam pergaulan,pemakanan dan pemakaian..
seorang yang tidak banyak ketawa,malah banyak menangis..
seorang yang sentiasa meringankan beban si isteri..
seorang yang tidak beremosi dalam memberi teguran,malah menggunakan akal..
seorang yang dapat menjadi imam di hadapan barisan ahli bait..
seorang yang dapat menjadi guru dan hakim dalam rumahtangganya..
seorang yang tidak menyimpan hartanya,malah membelanjakan dan bersedekah..
seorang yang tidak tunduk diam,malah bangkit bersuara..
terlalu banyak..terlalu banyak sifat mahmudah dan sifat terpuji yang ada dalam diri baginda...
wahai bakal imamku,didiklah dirimu seperti Rasulullah s.a.w..kerana memiliki sifat seperti baginda kamu takkan rugi,malah mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah .s.w.t..
suamiku adalah suami di dunia dan akhirat..di dunia bersamaku menjadi khalifah di atas muka bumi,di akhirat juga bersamaku menjadi penghuni syurga yang hakiki..insya'allah fil jannah,
aku cemburu dengan bidadari syurga,mereka menjadi peneman setia bagi suami soleh,tapi aku juga merebut untuk memiliki gelaran bidadari syurga supaya dapat menjadi peneman kamu di syurga nanti wahai bakal imamku..insya'allah....amin ya rabb,
No comments:
Post a Comment