Monday, March 26, 2012

Ya Allah..

~~ kita diciptakan oleh Allah dengan seindah dan sebaik kejadian..tengok je kat diri kita ni, semuanya cantik..boleh bergerak, boleh berfikir, boleh bercakap..subhanallah,sungguh indah ciptaan Allah ni.

Allah itu maha pemurah, minta je pape kat Allah..Dia pasti bagi! malah lebih dari apa yang kita nak..subhanallah, betapa sayangnya Dia pada kita.

Allah itu maha pengampun, kita jangan sombong untuk minta maaf pada Allah..ngan sesama manusia boleh je kita minta maaf, bagi hadiah semua..tapi kenapa kita tak boleh buat begitu pada pencipta kita ni? malah Dia lebih berhak. Minta ampunlah pada Allah, rendahkanlah diri kita yang sememangnya rendah disisiNya ni..pasti! Dia akan mengampun dosa kita selagi pintu taubat masih terbuka luas..bukan ampun je, malah Dia menjanjikan kita macam2 ganjaran..subhanallah, betapa sayangnya Dia pada kita.

Allah itu maha mengubah, Dia boleh mengubah segala sesuatu yang tersurat mahupun tersirat..tak payah jumpa bomoh nak ubah itu ini, nak buat magic bagai..minta je pada Allah, Dia pasti bagi! tak guna duit pun, hanya berbekalkan iman, ikhlas dan taqwa.

Allah itu maha memiliki, kita semua ni adalah hak Allah, milik Allah. Tak kira lah kaya ke miskin ke, anak raja ke anak nelayan ke..kita semua hidup di bawah bumbung yang sama, sama2 kita gunakan nikmat yang Allah bagi ni untuk mencari rezeki, di daratan mahupun lautan. Sampai masa kita tetap kembali pada Allah. Janganlah takut mati kerana kehilangan segala harta, takutlah pada kerana akan dipersoalkan segala tanggungjawab dan rindulah untuk bertemu dengan Allah..sesungguhnya Allah sentiasa rindu untuk bertemu dengan hambaNya.

Sungguh, siapalah kita nak dibandingkan dengan Allah yang maha agung ni..berbeza kedudukan kita denganNya. Tapi..ketahuilah Dia tak pernah sedikitpun tak memberi apa yang kita minta, tak ampunkan dosa kita, tak bagi apa yang kita nak..semuanya Dia bagi, kerana apa? hanya kerana Dia sayangkan kita..sungguh, Dia sayangkan kita.

Tapi.........adakah kita balas segala pemberian Allah ni? adakah kita bersyukur? janganlah menjadi seorang yang sombong untuk mengungkapkan 'alhamdulillah' kerana Allah itu tidak pernah sombong untuk memberi apa yang kita minta. Nak ke kita buat Allah sedih? buat Allah marah dengan sikap kita ni? ingatlah, dosa kita telalu banyak..hati kita ni entah apa warnanya..sucikan lah ia dengan buat Allah senyum, ambil hatiNya dan beri hadiah padaNya. Dengan cara apa? Balaslah segala pemberian Allah ini dengan bersyukur padaNya, menjalankan perintahNya dan jalani kehidupan mengikut syariatNya.




No comments: