Thursday, March 29, 2012

persis mutiara..



kamu menjadi sebutir mutiara
berada di dasar lautan

tersimpan rapi dilindungi kulit
bukan senang nak melihat
apa lagi mendapatkannya

hanya orang yang bertuah
berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya

harganya mahal sekali
dan ia akan tersimpan selamanya..

Wednesday, March 28, 2012

beautiful =)





beautiful eyes,
represent how and what they SEES..

remember..^^

every single deed u have done
will be written..
(even the smallest one)

my dear,


dear Allah
if i really in love with u
why didn't my heart feel
"i missed u"
i don't want to miss somebody more than you dear Allah..


Tuesday, March 27, 2012

Allah lebih suka...

- menangis daripada ketawa
- merendah diri daripada meninggi diri
- diam daripada bercakap
- bersyukur daripada sombong
- menunduk daripada memandang
- menyebarkan ilmu daripada kedekut ilmu
- berdiam diri daripada riak
- menjauhi daripada mendekati
- berani daripada pengecut
- menegakkan kebenaran daripada menegakkan kesalahan
- miskin daripada kaya
- lapar daripada kenyang
- menyembunyi daripada menunjuk
- mengejar daripada berlari
- jujur daripada pura-pura
- bersih daripada kotor
- indah daripada hodoh

* dan banyak lagi.. ^_^



penyeri dunia..


kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan sahaja dirindui yang biasa,
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..

akalmu senipis bilahan rambut,
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hatimu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..

tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi..


mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
jika datangnya dari kayu yang bengkok,
begitulah peribadi yang dibentuk..

didiklah wanita dengan keimanan,
bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita berharap pada yang binasa..

engkaulah wanita istemewa..

sedarilah insan istimewa,
bahawa kelembutan bukan kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan,
bahkan sebagai hiasan kecantikan..


puteri2 ku sayang..


lembutmu tak beerti kau mudah dijual beli,
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati..

disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu,
ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
itulah sekeping hati yang takut pada ilahi,
berpegang pada janji mengabdikan diri..

malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..

ketegasanmu umpama benteng negara dan agama,
dari dirobohkan dan jua dibinasakannya,
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara,
mahligai syurga itulah tempatnya..

Monday, March 26, 2012

don't be afraid..


when the way is cloudy,
and there is no one by your side..
remember, just remember..

Allah is The Only Guide..

Ya Allah..

~~ kita diciptakan oleh Allah dengan seindah dan sebaik kejadian..tengok je kat diri kita ni, semuanya cantik..boleh bergerak, boleh berfikir, boleh bercakap..subhanallah,sungguh indah ciptaan Allah ni.

Allah itu maha pemurah, minta je pape kat Allah..Dia pasti bagi! malah lebih dari apa yang kita nak..subhanallah, betapa sayangnya Dia pada kita.

Allah itu maha pengampun, kita jangan sombong untuk minta maaf pada Allah..ngan sesama manusia boleh je kita minta maaf, bagi hadiah semua..tapi kenapa kita tak boleh buat begitu pada pencipta kita ni? malah Dia lebih berhak. Minta ampunlah pada Allah, rendahkanlah diri kita yang sememangnya rendah disisiNya ni..pasti! Dia akan mengampun dosa kita selagi pintu taubat masih terbuka luas..bukan ampun je, malah Dia menjanjikan kita macam2 ganjaran..subhanallah, betapa sayangnya Dia pada kita.

Allah itu maha mengubah, Dia boleh mengubah segala sesuatu yang tersurat mahupun tersirat..tak payah jumpa bomoh nak ubah itu ini, nak buat magic bagai..minta je pada Allah, Dia pasti bagi! tak guna duit pun, hanya berbekalkan iman, ikhlas dan taqwa.

Allah itu maha memiliki, kita semua ni adalah hak Allah, milik Allah. Tak kira lah kaya ke miskin ke, anak raja ke anak nelayan ke..kita semua hidup di bawah bumbung yang sama, sama2 kita gunakan nikmat yang Allah bagi ni untuk mencari rezeki, di daratan mahupun lautan. Sampai masa kita tetap kembali pada Allah. Janganlah takut mati kerana kehilangan segala harta, takutlah pada kerana akan dipersoalkan segala tanggungjawab dan rindulah untuk bertemu dengan Allah..sesungguhnya Allah sentiasa rindu untuk bertemu dengan hambaNya.

Sungguh, siapalah kita nak dibandingkan dengan Allah yang maha agung ni..berbeza kedudukan kita denganNya. Tapi..ketahuilah Dia tak pernah sedikitpun tak memberi apa yang kita minta, tak ampunkan dosa kita, tak bagi apa yang kita nak..semuanya Dia bagi, kerana apa? hanya kerana Dia sayangkan kita..sungguh, Dia sayangkan kita.

Tapi.........adakah kita balas segala pemberian Allah ni? adakah kita bersyukur? janganlah menjadi seorang yang sombong untuk mengungkapkan 'alhamdulillah' kerana Allah itu tidak pernah sombong untuk memberi apa yang kita minta. Nak ke kita buat Allah sedih? buat Allah marah dengan sikap kita ni? ingatlah, dosa kita telalu banyak..hati kita ni entah apa warnanya..sucikan lah ia dengan buat Allah senyum, ambil hatiNya dan beri hadiah padaNya. Dengan cara apa? Balaslah segala pemberian Allah ini dengan bersyukur padaNya, menjalankan perintahNya dan jalani kehidupan mengikut syariatNya.




hikmah disebalik ujian..

~~ jangan resah ngan ujian yg datang menimpa kita n' jangan mengeluh ngan kepedihan ujian tu....tak baik tau, =) ketahuilah Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka..sbenarnya kita boleh handle prob tu,just ngan cara yg mcmna kita handle itulah yg Allah menilai..cara yg baik or cara yg salah?kita redha or kita marah?mcm2 la...

ada satu hadis tu.."sesungguhnya Allah jika mencintai sesuatu kaum,maka Dia akan mendatangkan ujian kepada mereka..dan sesiapa rela dengan ujian itu,maka dia akan memperolehi kerelaanNya,sebaliknya sesiapa yang membenci ujian itu,maka dia akan memperolehi kebencianNya.."

* senyumlah dalam menerima ujian,insya'llah kita akan perolehi keredhaanNya.. ^__^

apa yg terbaik??

diam adalah lebih baik,kerana..
banyak bicara,banyak dosanya..


Wednesday, March 21, 2012

jaga aurat kita.. ^_^

malam itu..

saat bulan mnyuluhi
saat bintang berkelip
saat dingin menerpa roma
saat temanku enak diselimuti
aku terjaga dari mimpi..
sayu hati ini ingin berhadapan dnganNya..
syukur alhamdulillah
ikhlas langkahku mengerjakannya..
tika ku sujud,merasai diri ini hina,lemah dan kerdil..
sungguh besar ruanganNya..
terima kasih Allah
tak dapat ku menahan sebak..
pedih dada menyekat air mata
lalu ia gugur membasahi hamparan..
ampunkan dosaku Ya Allah....

ketawa??


~~Berkata 'Umar bin Khatab r.a :
"Barangsiapa yang banyak tertawa, maka akan sedikit wibawanya.
Barangsiapa yang banyak guraunya, maka dengannya dia akan rendah.
Barangsiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dengannya dia dikenal.
Barangsiapa yang banyak berbicara, maka akan banyak salahnya.
Barangsiapa yang banyak salahnya, maka akan berkurang malunya.
Barangsiapa yang berkurang malunya, maka akan berkurang pula wara'nya.
Barangsiapa yang bekurang wara'nya, maka akan mati hatinya."

(Diriwayatkn oleh Al Imam Al Baihaqy dlm Kitab "Syu'abul 'Iiman" no: 5019)