Saturday, August 25, 2012

madah wanita solehah

wanita solehah itu aurat dijaga
pergaulan dipagari
sifat pemalu pengikat diri
seindah hiasan didunia ini..

keayuan wanita solehah itu
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah itu
tidak terletak pada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu
bukan pada lemanisan bicaranya yang menggoncangkan iman muslimin
dan bukan juga terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..
bukan,dan tidak sama sekali..
kepetahan wanita solehah itu
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama..

nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
dan hati mengatakan wanita cantik hanya pada akhlaknya..

wahai wanita, jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana satu hari ianya akan lapuk ditelan zaman..
wahai wanita, jangan dicela dengan kecantikan diri
kerana itu adalah seindah ciptaan ilahi..

bersyukurlah dengan apa yang ada, itulah anugerah terindah..
berusahalah mentalbiyah diri agar mendapat redha ilahi..

jadilah wanita solehah yang disayangi Allah,
yang menjadi ingatan di hati Rasulullah,
yang menjadi cemburuan para bidadari syurga..