> firman Allah s.w.t d dlm surah Thaha ayat 42-47 yg brmaksud :
..pergilah kamu beserta saudaramu (Harun) dengn mmbawa ayat2 ku dan janganlah kamu brdua lalai dlm mengingatKu (42) pergilah kamu brdua kpd Firaun,sesungguhnya dia telah melewati batas (43) maka brbicaralah kamu berdua kepadanya dgn kata2 yg lemah lembut,mudah mudahan dia ingat atau takut (44) berkatalah mereka brdua "ya tuhan kami sesungguhnya kami khuatir bahawa dia segera menyeksa kami atau akan brtambah melewati batas" (45) Allah berfirman "janganlah kamu brdua khuatir,sesungguhnya Aku beserta kamu brdua,Aku mndengar dan melihat" (46) maka datanglah kamu brdua kepadanya (Firaun) dan katakanlah : "sesungguhnya kami brdua adalah utusan Tuhanmu,maka lepaskanlah Bani Israel brsama kami dan janganlah kamu menyiksa mereka. sesungguhnya kami telah datang kepadamu dgn mmbawa bukti (atas kerasulan kami) dari Tuhanmu. dan keselamatan itu dilimpahkan kepada org yg mengikuti petunjuk" (47)
seperti yg kita ketahui, Firaun merupakan seorang raja brkuasa d Mesir yg mnjalankan pemerintahan dgn zalim,kejam dan ganas. selain kezaliman,kekejaman dan penindasan yg ditimpakan oleh Firaun ke atas rakyatnya terutama kaum Bani Israel..dia juga menyatakan dirinya sebagai tuhan yg harus disembah dan dipuja.
pun begitu, Allah s.w.t menyuruh Musa dan Harun brdakwah dalam mengajak Firaun ke jalan yg benar dengan kata2 yg lemah lembut supaya Firaun takut dan insaf..lihatlah,betapa Allah s.w.t itu bersifatkan Ar-Rahman..kerana di dalam ZatNya penuh dengan rahmat dan kasih sayang sehingga tidak ada sedikitpun sifat keras dan zalim..iaitu Zat yg selalu mncurahkan rahmatNya kpd seluruh manusia.
~~ ^__^