Thursday, April 25, 2013

Hukum memakai inai bercorak dari segi syarak

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia telah memutuskan :


Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah.

Kadar pemakaian inai di kedua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.

Warna yg digunakan mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yg meragukan (mcm lemak babi).

Corak atau ukiran yg digunakan, seperti corak daun atau tumbuhan adalah dibenarkan. Bagi corak haiwan, lambang dewa2 atau ajaran atau apa jua gambaran yg bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



* bagi qima tak perlulah pengantin lelaki berinai even 3 jari tu, sebab inai ni kan terang2 ia adalah perhiasan untuk kaum wanita..^_^

Monday, April 22, 2013

hijab ~

assalamualaikum ..

qima nak share sikit tutorial pakai tudung or shawl yg menutupi dada..tp bukan qima yg buat..ehe, qima mane reti semua tu tp suka mencuba..em,maybe..;)
dalam Islam berfesyen tak salah, yg penting ikut syariat..kita ikut apa yg Allah gariskan, mcm pakai tudung tak kesah la bentuk mcm mana sekalipun tp wajib tutup dada, tutup leher, tutup bahu dan tak jarang..baju plak tak ketat, tak jarang, tak menampakkan bentuk badan (mcm buah pear)..=) kalau nak pakai baju mcm gaun labuh, kan ketat bahagian dada n' pinggang (dari pinggang ke bawah labuh)..pakailah tudung labuh yg bleh tutup bahagian tu..tudung labuh bulat tu pun lawa..^^

ok,jom tengok tutorial tudung gadis comel kat bawah ni..tutup bahu, dada..kemas dan cantik ! bleh cuba ni..;)




..... ^__^

Saturday, April 20, 2013

tips diet ^^

salam 'alaik ..

pada suatu ketika dahulu..ehe,malu plak nak cite (malu gemok)..eheh,camni..dulu kan time zaman skola qima ni chubby (sbnarnye org ckp tk..tp ntahla..rse dri ni gmok !). Pas SPM qima nekad nk diet n' bagi berat badan turun ke 40kg..huh ! akhirnye..slama 3 bulan qima brjaya turunkan berat badan sterusnye mndapat gelaran zombi dari adik..waa =(

zombi pun zombi la asalkan hati hepy..hehe, bleh ke camtu? 0,o
yg penting dlm diet ni kna dsiplin n' betul2 nekad..itu je ! insya'llah bleh kurus..=) so now, tanpa melengahkan masa adalah baiknya saya mengumumkan tips diet ..hehe,

.. sarapan pukul 7 pg ngan 2 keping roti bakar plus susu. pukul 10 tu if lapar makan la buah (no more air gas, keropok n' megi). banyakkan minum air masak. lunch tepat pukul 12 tghari..nasi 1 senduk sahaja, lauk banyakkan yg protein mcm ikan..kalau bleh kurangkan makanan brgoreng..n' sayur paling penting ! (dulu qima tak ske sayur, nak diet punya pasal so kna la paksa diri..^^). minum air masak 20 minit selepas makan..jngan makan selang ngan air, nnt perut buncit ! tp kalau pedas minum je..=). jangan makan dlm keadaan sandar n' tengok tv..tu bleh mendorong untuk tambah lag..(", ..dinner plak tepat pukul 6 atau 7 mlm..dinner sma je ngan lunch (bagi yg nk mkn nasi) tp bleh juga mkn bihun sup,bihun greng..tk ksah, yg penting kuantiti sikit..pun minum air pas 20 minit..kalau lapar tengah mlm tu makan buah or roti..jangan mkn sebelum tido,2 jam sbelum tido ok..=). tiap2 hari buat senaman ringkas (qima ske buat regangan) selama 20 minit..kalau rajin gi la joging, tp senaman ringkas da memadai..dalam masa 2 minggu kita akan rasa seksa (mcm lapar je sbb tk biasa lagi) tu proses perut nk mengecil, pas tu da tak da..akan rse terbiasa..=) time tu mksdnye perut da kecik..ha, ske tk? =D. pastikan tido cukup..tido lebih bleh gemok..seminggu sekali amik lemak..contoh mkn la cokelat ke, beger ke..sbb lemak kan tenaga, kang pengsan. untuk makanan mcm nasi lemak or roti canai tu, makan seminggu sekali je..n' roti canai sekeping sahaja..^^ . makan buah sebelum makan nasi supaya nanti bila makan nasi tu rase cepat kenyang. kurangkan makanan bergoreng..lebihkan sup n' sayur, kalau nak masak mcm tumis pape tu pastikan kurang minyak..kurangkan butter..jangan minum susu selepas makan, jangan tido or mandi selepas makan..ingat pesan Rasulullah s.a.w "berhenti sebelum kenyang"..itu je wak..^_^

tp now qima da tak diet lagi sebab orang ckp tersangat la kurus..paling rendah qima pernah capai 38 kg..huhu, time ni BMI da tak normal da..jangan diet melampau,stabil kan ngan ketinggian supaya dapat BMI normal..baru lah sihat !  ^_^


Saturday, December 8, 2012

ketampanan nabi Yusuf a.s

beberapa jam yang lepas, qima sempat tengok cerita tentang nabi Yusuf a.s di youtube..=)
seperti yang kita semua maklum nabi Yusuf a.s dianugerahkan oleh Allah s.w.t wajah yang begitu tampan hingga para wanita pada waktu itu mengatakannya ibarat jelmaan malaikat. Bukti ketampanan baginda dapat dilihat ketika para wanita kaku melihatnya sehingga jari mereka terluka tatkala mengupas buah. Selain itu, bukti yang paling jelas adalah ketaksuban cinta Zulaikha terhadap baginda dari usia baginda masih kecil hingga dewasa. Para wanita yang baru sahaja melihatnya boleh membuat jari mereka terluka, apatah lagi Zulaikha yang melihatnya tiap-tiap hari.
Apa yang qima nak kongsikan kat sini adalah kata-kata nabi Yusuf a.s dalam cerita itu..^^

.. ketampananku ibarat burung bersuara merdu
yang suara merdunya hanya membawa bencana baginya..
burung bersuara biasa bebas terbang ke mana sahaja 
tanpa pernah khuatir akan dikurung .. 

Saturday, November 3, 2012

Air mata Rasulullah s.a.w

..tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"bolehkah saya masuk?"

tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk..
"maafkanlah ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. kemudia dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata..dan bertanya pada Fatimah,

"siapakah itu wahai anakku?"
"tidak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.." tutur Fatimah lembut.
lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..

"ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara..dialah yang memisahkan pertemuan di dunia..
dialah malaikat maut." kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

malaikat maut datang menghampiri tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya. kemudian dipanggillah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibrail, jelaskan apakah hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.." kata Jibrail.

tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibrail lagi.
"khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku :
"Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya." kata Jibrail.

detik detik semakin dekat. saatnya Izrail melakukan tugas. perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh Rasulullah bersimbah peluh. urat-urat lehernya menegang.

"Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.." perlahan Rasulullah mengadu..
Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.
"jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu, Jibrail?" tanya Rasulullah pada Jibrail..
"siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal.." kata Jibrail.

sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengadu, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.
"Ya Allah, dasyatnya maut ini..timpakan saja maut ini kepadaku, jangan pada umatku.."

badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu..Ali segera mendekatkan telinganya.
"uushiikum bis shalati wa maa malakat aimanukum..peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu"

diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan. sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya..dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"ummati, ummati, ummati?..umatku, umatku, umatku?"

dan berakhirlah hidup manusia yang memberi sinaran itu. kini mampukah kita mencintai sepertinya?
betapa cinta dan sayangnya Rasulullah terhadap kita..dia seorang nabi yang memegang penuh amanat tuhannya, hingga ke hujung nyawa dia masih mengingati dan mencintai umatnya..iaitu KITA.

barang milik Rasulullah s.a.w



Isteri Cerdik Yang Solehah ~


Isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran..
di rumah dia isteri, di jalanan kawan
di waktu kita buntu
dia penunjuk jalan..

pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
kita lupa dia mengingatkan


nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya

dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk diwariskan


wanita bersolek..

"Kata Abdul Halim Abu Syuqqah di dalam bukunya Tahrirul Mara'h fi asri arrisalah..berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi wanita. Lagipun wanita suka berhias..dalam batas. Islam itu indah sukakan keindahan.."