Saturday, November 3, 2012

Isteri Cerdik Yang Solehah ~


Isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran..
di rumah dia isteri, di jalanan kawan
di waktu kita buntu
dia penunjuk jalan..

pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
kita lupa dia mengingatkan


nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya

dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk diwariskan


wanita bersolek..

"Kata Abdul Halim Abu Syuqqah di dalam bukunya Tahrirul Mara'h fi asri arrisalah..berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi wanita. Lagipun wanita suka berhias..dalam batas. Islam itu indah sukakan keindahan.."

Tuesday, October 23, 2012

surah pilihan =)

Al Quran merupakan kitab bagi agama Islam, satu-satunya yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w melalui perantara malaikat Jibrail ke dada baginda. al Quran tercatat di dalamnya sebanyak 114 surah yang dimulai dengan surah al Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Membacanya merupakan satu ibadah..=)

~~ ha, kat sini qima nak kongsikan surah2 pilihan qima sendiri, qima dapat rasakan miracle bila membacanya..alhamdulillah, kawan2 pun boleh membacanya jugak, ^^

Selepas solat subuh dan maghrib :

Pertama, baca surah Yasin, insya'allah akan dipermudahkan urusan kita pada hari itu..
Kedua, baca surah Waqiah, akan dimurahkan rezeki..if takde duit qima baca surah ni,hehe..^^ tp jngn la tnggu tkde duit baru nak baca..baca la slalu sbb tak rugi pun..(",
*tq yg tak terhingga pd sahabat qima yg galakkan qima baca surah ni pd waktu tu..alhamdulillah,dapat dia pahala..amin, =)

Time nak exam :

baca surah Yasin selepas subuh dan maghrib, kemudian baca surah al Fath..surah al Fath ni ialah surah kejayaan..^^

Selepas solat isyak :

baca surah al Mulk, surah ni dapat elakkan kita dari azab kubur di alam barzakh nanti..qima pernah dengar cerita mayat seorang hamba Allah elok n' cantik macam mula2 dikebumikan setelah liangnya digali semula untuk proses pemindahan kubur. Ayah hamba Allah tu beritahu bahawa anaknya tak pernah miss baca surah ni tiap2 malam..see? janji Allah itu benar..=)

Sebelum tidur:

baca al Fatihah, kemudian baca 4 qul, ape tu 4 qul? iaitu surah Al kafirun, surah Al falaq, surah Al nas dan surah al Ikhlas. Dipanggil 4 qul sebab ayat pertama keempat empat surah ni dimulakan dengan "qul"..baginda sebelum tidur baca surah ni..^^

Apabila ketakutan  atau nampak hantu :

Pertama, baca ayat Kursi dari surah al Baqarah, baca la dengan hati yang tenang, sebutan yang betul dan mengharapkan keamanan dari Allah..
Kedua, baca surah al Falaq..mksud surah ni elak dari kejahatan..tak kisah kejahatan manusia atau jin.
* tapi bila takut sangat zikir la Allahuakbar banyak kali selagi mampu sampai perasaan takut tu hilang atau hantu tu lari..segala makhluk Allah tunduk takut apabila mendengar kalimah ini.

..itu adalah antara surah2 yang qima amalkan, n' banyak lagi fadilat surah2 yang kita tidak atau belum ketahui..so, jom kita baca al Quran untuk membongkar fadilat2 yang terdapat di dalamnya..^_^



Saturday, August 25, 2012

madah wanita solehah

wanita solehah itu aurat dijaga
pergaulan dipagari
sifat pemalu pengikat diri
seindah hiasan didunia ini..

keayuan wanita solehah itu
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah itu
tidak terletak pada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu
bukan pada lemanisan bicaranya yang menggoncangkan iman muslimin
dan bukan juga terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..
bukan,dan tidak sama sekali..
kepetahan wanita solehah itu
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama..

nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
dan hati mengatakan wanita cantik hanya pada akhlaknya..

wahai wanita, jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana satu hari ianya akan lapuk ditelan zaman..
wahai wanita, jangan dicela dengan kecantikan diri
kerana itu adalah seindah ciptaan ilahi..

bersyukurlah dengan apa yang ada, itulah anugerah terindah..
berusahalah mentalbiyah diri agar mendapat redha ilahi..

jadilah wanita solehah yang disayangi Allah,
yang menjadi ingatan di hati Rasulullah,
yang menjadi cemburuan para bidadari syurga..






Monday, June 4, 2012

menjaga kesihatan ikut cara nabi s.a.w


  • selalu bangun sebelum subuh
  • aktif menjaga kebersihan
  • tidak pernah makan berlebihan
  • gemar berjalan kaki
  • tidak pemarah
  • optimis dan tidak putus asa
  • tidak pernah iri hati
  • pemaaf

Thursday, May 31, 2012

meh sini qima betulkan ^_^

George Bernand Shaw kata :
"life isn't about finding yourself but life is about creating yourself"

bagi qima salah sebab tugas kita kat atas muka bumi ini ialah mencari siapa diri kita yang sebenar..so,kena tukar la kata2 tu ye..tukar camni :
"life is about finding yourself" 

baru la betul...... (",