Monday, June 6, 2011

~~ sang bidadari syurga..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Tuesday, June 8, 2010

,jangan tengok matahari.....

Tahukah anda, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :

* Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata

* Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari

* Kerosakan pada hujung saraf

* Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)

Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).
Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.
Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.
Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.
Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.

Monday, May 17, 2010

Sabda Rasulullah tentang al-quran

“ sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi yang akan berkarat apabila terkena air.” Rasulullah ditanya.. “wahai Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “banyak mengingati mati dan membaca Al-quran”.

“ ibadah umatku yang paling afdal ialah membaca al-quran..”

“ membaca al-quran di dalam solat lebih afdal daripada membaca al-quran diluar solat. Membaca al-quran di luar solat lebih afdal daripada takbir dan tasbih. Takbir lebih afdal daripada sedekah. Sedekah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalahperisai dari api neraka”.

“ bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai penolong bagi pembaca-pembacanya”.

“ terangilah rumah-rumah kalian dengan solat dan bacaan al-quran”.

“ setiap orang yang beradab (mulia) suka hidangannya didatangi, dan hidangan Allah ialah al-quran. Maka janganlah kalian meninggalkannya”.

al-quran sebagai "hidangan Allah"..

Fadhilat membaca al-quran :

1. Mereka ialah ahli-ahli Allah & orang-orang istimewaNya.

2. Orang yg mahir dgn al-quran bersama dgn malaikat-malaikat yg baik dan mulia.

3. Al-quran ialah hidangan Allah, sesiapa yang memasukinya maka dia akan aman.

4. Rumah yang dibaca didalamnya akan menerangi penghuni langit.

5. Didalam bacaan al-quran terdapat banyak kebaikan.

6. Membaca Al-quran akan mewangikan pembacanya.

7. Membaca al-quran akan menerangi dan menyinakap hati

8. Mmbaca al-quran ini akan mndatangkn manfaat kpd pmbacanya & kedua ibu bapanya.

9. Pembaca al-quran tidak akan dicenaskan oleh kejutan terbesar pada hari kiamat.

10. Al-quran akan mensyafa’atkan ahlinya.

11. Pembacanya akan sentiasa naik ke beberapa maqam pada hari kiamat.

12. Membaca Al-quran akan menghembuskn pendengar-pendengarnya dgn wangian.

Sunday, January 31, 2010

memelihara kecantikan mata

Mata merupakan salah satu organ paling penting bagi manusia. Dengan mata kita dapat melihat dunia sekitar, kita dapat memahami indahnya ciptaan Tuhan dan banyak hal lainnya. Tidak diragukan lagi bahwa semua orang akan merasa sangat takut kehilangan penglihatan.

Namun banyak di antara kita cukup takut untuk memeriksakan mata secara teratur untuk mendeteksi penyakit yang dapat menimbulkan hilangnya penglihatan. Kesibukan atau merasa yakin tidak ada masalah dengan penglihatan seringkali menjadi alasan sehingga tidak perlu pemeriksaan.

Penting untuk diketahui bahwa, tidak ada gejala awal dari penyakit pada mata. Penyakit pada mata seperti tekanan darah tinggi biasanya saat diketahui ada masalah, semua sudah terlambat.

Deteksi awal terhadap glaukoma dan katarak akan mencegah hilangnya penglihatan. Pemeriksaan mata secara teratur dari masih bayi sampai tua adalah kuncinya.

Menunggu sampai gejala muncul sebelum menjadwalkan untuk pemeriksaan mata bukan ide bagus karena ketika gejala muncul, sering penyakit lebih sulit untuk disembuhkan. Sekali penglihatan hilang, tidak akan bisa dikembalikan!

Di samping pemeriksaan secara teratur ada beberapa langkah pencegahan agar mata tidak terluka. Bagi mereka yang terlibat dalam olahraga seperti hoki, baseball atau squash perlu memakai pelindung mata seperti kaca mata pelindung debu, atau kaca mata pelindung lain termasuk mereka yang bekerja mengelas atau bekerja dengan bahan kimia.

sejarah cinta zulaikha

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.